Jenis-jenis Makanan Yang Dilarang Untuk Ibu Mengandung Ambil












Dikala empunya diri sedang berbadan dua, menjadi satu kewajipan untuk wanita di luar sana jaga kandungan terutamanya gaya pemakanan. Ya, memang benar jika ingin bayi sihat, anda digalakkan makan dengan banyak tetapi, ada juga makanan yang tidak elok untuk dimakan ketika hamil. Sekadar pengetahuan buat semua, berjaga-jaga ketika memilih makanan, kadang-kadang makanan yang kita tidak sangka pun sebenarnya boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Jom kita lihat, apa jenis-jenis makanan yang dilarang untuk ibu mengandung ambil.
 
1) Daging Mentah

 
Segala jenis makanan yang mentah tidak elok untuk ibu mengandung, ini kerana, daging mentah mudah terdedah dengan bakteria yang bernama Listeria. Bakteria ini boleh membahayakan kandungan. Pastikan makan semua makanan yang sudah sepenuhnya masak.
 
2) Ketam

 
Ketam mempunyai risiko yang tinggi untuk melahirkan bayi pra matang dan boleh menyebabkan keguguran.
 
3) Hati Ayam Atau Lembu

Organ Dalaman tidak elok sebenarnya, apa-apa yang pernah berfungsi tidak bagus untuk dimakan sebab, kadang-kadang organ itu sudah tercemar dan mungkin juga kotor. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Hindari sebelum terkena.
 
4) Buah Peach
 
Buah peach berisiko tinggi untuk si hamil berlakunya pendarahan.
 
5) Jus Dalam Tin
 
jus dalam tin kebiasaanya sudah di tambah bahan pengawet, lebih baik anda buat sendiri di rumah. Lagi selamat dan meyakinkan.
 
6) Pengambilan vitamin dan supplement
 
Elakkan mengambil sebaran jenis ubatan. Kadar kimia yang digunakan dalam ubat boleh menyebabkan bayi gugur.
 
 
7) Nanas
 
Nanas buahan yang paling tajam dan boleh melembutkan Rahim dan keguguran boleh berlaku sekiranya pengambilan Nanas tidak dikawal.
 
8) Kentang Bertunas Hijau
 
Kentang yang ada tumbuh tunas hijau dikulit dipercayai mengandungi racun berbahaya. Ibu yang hamil harus berjaga-jaa ketika ingin membeli kentang di pasaraya.
 
9) Sushi

Sushi harus dielak ketika mengandung. Kandungan mercuri diletakkan sedikit dalam sushi dan boleh mengakibatkan kelembapan dan kerosakan pada otak janin.
 
10) Sayuran

Jangan salah faham, sayuran bagus untuk kandungan tetapi, haruslah dibasuh dicuci terlebih dahulu sebelum makan. Ini kerana, pencemaran toksoplasmosis yang meyebabkan tanah tercemar dimana ketika sayur itu ditanam boleh membahayakan kandungan. Pastikan dicuci dengan betul ya !
 
Nak baby sihat, baby comel, jagalah kandungan anda dengan sebaik mungkin. Si suami sila take note ya, perhatikan pengambilan makanan isteri anda yang sedang hamil. Jangan ikutkan sangat selera isteri, kadang-kadang mereka tidak tahu kesan disebalik makanan yang diambil. Si isteri pulak, jangan main belasah je makanan apa yang korang nak makan. Pengetahun ini penting untuk anda yang bakal menimang cahaya mata !

Comments

Popular Posts