Kenapa Seseorang Manusia Mempunyai Tangan Kidal?

Pernah tak anda berfikir, kenapa seseorang manusia mempunyai tangan kidal? Apa perbezaan tangan normal dan kidal. Okey!!! Sains dapat bantu anda fahamkan maksud ni.



Kidal bermaksud menggunakan tangan kiri ketika membuat sesuatu dan individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan. Dianggarkan satu persepuluh dari populasi dunia bertangan kidal. Apakah misteri sains di sebalik tangan kidal? Adakah golongan kidal lebih pintar?

Persoalan ini diselidiki oleh Daniel M. Abrams dalam satu video dari Ted-Ed.

Comments

Popular Posts