Bahaya Produk Klon Beracun Buatan China di Malaysia

China memang terkenal dengan pengklonan produk. Bukan saja klon handphone, jam tangan tapi makanan turut diklonkan. Makanan yang diklonkan dikatakan mengandungi bahan terlarang dan merbahaya bagi kesihatan manusia. Mari kita lihat produk bahaya klon beracun buatan China. 
produk klon China
1. Telur
Percaya tak, ada website yang memberi tutorial bagaimana untuk membuat telur palsu? Menurut website tersebut antara bahan yang digunakan adalah Alginic Acid, Potassium Alum, Gelatin, Calcium Chloride, air dan pewarna tiruan. Kulit telur diperbuat daripada Calcium Carbonate dan telur ini boleh menyebabkan seseorang hilang ingatan dan nyanyuk.

2.Susu bayi
Pada tahun 2004, 47 orang telah ditahan kerana mengeluarkan susu bayi palsu yang menyebabkan ramai bayi mati di Fuyang, China. Susu tersebut dikatakan mengandungi hanya sedikit nutrisi dan dibuat dengan kapur. Ini telah menyebabkan kepala bayi menjadi besar dan bahagian tubuh mengecil.

3.Daging lembu
Berikutan harga daging babi yang lebih murah di China sesetengah restoran telah memperbaharui daging babi supaya menjadi seperti daging lembu. Masyarakat dinasihatkan berhati-hati dengan produk ini kerana ia boleh menyebabkan keracunan, kecacatan dan kanser.

4.Ikan tilapia
Tilapia merupakan ikan yang biasa diternak di China. Ikan ini dikatakan paling beracun kerana ia memakan apasaja yang ada di sekitarnya. Penternak sendiri melarang anak mereka memakan ikan ini. Kalau penternak sendiri melarang anaknya makan, adalah sebabnya tu kan. 80% ikan tilapia di Amerika dilaporkan diimport dari China.

5.Kacang hijau
Kacang hijau palsu ditemui di Hunan pada tahun 2005. Menurut sebuah akhbar China, kacang tersebut masih keras walaupun selepas dimasak dan menukar air menjadi hijau. Pewarna tiruan tersebut boleh menyebabkan kanser dan menghalang tubuh menyerap kalsium.

6.Jus epal
Menurut laporan, 50% jus epal yang dijual di Amerika diimport dari China. Kalau anda nak tahu, China ni pengeluar racun serangga yang paling besar di dunia! Tak mustahil pengeluar buah ni menggunakan banyak racun serangga.

7.Lada hitam
China juga menggunakan lumpur untuk mengeluarkan lada hitam manakala lada putih dibuat daripada tepung.

8.Beras plastic
Beras plastik ini dihasilkan daripada ubi kentang dan resin sintetik. Sama seperti kacang hijau, beras ini keras walaupun selepas dimasak. Ia boleh menyebabkan kanser pada jangka masa panjang. Jika termakan 3 mangkuk nasi ni, anda telah makan satu beg plastik! Bayangkan plastic dalam perut. Disimpan saja dalam perut dan tak dapat dikeluarkan.

9.Bawang
Bawang ini di’spray’ dengan bahan kimia. 31% bawang putih di Amerika dibeli daripada China.

10.Mi ubi keledek
Di Zhongshan, terdapat satu kilang yang mengeluarkan sekurang-kurangnya 5.5 tan mi palsu. Pada 2011 banyak aduan dibuat berikutan rasa mi yang pelik. Selepas diselidik rupa-rupanya mi berkenaan mengandungi tepung jagung, dakwat industri bagi memberi warna ungu, serta paraffin wax.

11.Tauhu
Seorang pekerja kilang tauhu di Wuhan, Hubei, telah mengaku tauhu beracun ini diperbuat daripada soya yang dicampur dengan tepung, monosodium glutamate, pigmen, dan ais. Lebih teruk, tauhu palsu ini dikeluarkan menggunakan nama pengilang tauhu asli. Tauhu palsu dikatakan mempunyai tekstur yang lebih bagus dan lebih cerah.

12.Madu
Kita masih dapat terima sekiranya madu bukan asli dicampur dengan sirap dan gula. Tetapi sekiranya madu itu diperbuat daripada bahan merbahaya tiada siapa dapat terima. Di Jinan, madu palsu dihasilkan daripada campuran air, gula, alum dan pewarna.

13.Mi beras
Mi ini diperbuat daripada nasi yang sudah rosak dicampur dengan sulfur dioksida yang boleh menyebabkan kanser. Bayangkan haiwan yang diberi nasi rosak ni pun boleh mendapat penyakit apalagi jika manusia yang memakannya.

14.Wain
China Central Television melaporkan separuh daripada wain yang dipasarkan adalah palsu. Ramai yang menyatakan 90% wain premium adalah palsu. Pengeluar wain palsu ini menggunakan botol kosong wain premium dan memasukkan wain palsu.

Mungkin ada banyak lagi produk makanan dan minuman yang diklonkan di China. Saya hanya menyenaraikan produk yang saya tahu. Jika anda di China, berhati-hatilah. Kadang-kadang makanan yang cantik, menarik, murah dan sedap tidak semestinya baik untuk kesihatan. 

Berhati-hati juga sekiranya membeli produk makanan keluaran China di negara ini. Walaupun ia murah dan tempting, sebaik-baiknya anda periksa dulu nutrisi. Tapi adakalanya maklumat nutrisi tidak didedahkan 100%. Apapun, berhati-hatilah ketika membeli tu dan sentiasa beringat.

Comments

Popular Posts